Monday 27 October 2014

Just Do It NOW !!!

JUST DO IT!!!! NOW!!!

Not Tomorrow, Not Next Month, Not next year ..

Tak guna impian besar KALAU MALAS
Tak guna impian besar KALAU BERTANGGUH
Tak guna impian besar KALAU TIDAK BERDISIPLIN

BUAT BENDA YANG TERBAIK

IF YOU HELP OTHER PEOPLE, ALLAH WILL HELP YOU
..
Sharing dari MASTER LAILA semasa #ShakleeNationalConference baru-baru ni...seorang bekas engineer Petronas..beliau resign sebab takda life dengan anak-anak dan yang paling seronok dia boleh bawak ahli keluarga seramai lebih kurang 17 orang ke Disneyland Hong Kong, Tahun ni hantar mak ayah pergi ke Makah pakej VVIP plak..subhanallah... tak salah kan kalau kita nak kaya, kalau ada lebih
rezeki kita boleh bawa ahli keluarga kita yang tidak mampu...ini juga niat saya, rasa seronok sebenarnya kalau boleh bawa keluarga bersama apabila jalan-jalan apatah lagi ke tanah suci..pasti kenangan yang tidak dapat dilupakan...huhu rindu plak dengan keluarga di Bintulu..

... insya Allah .. dan anda yang masih berkira-kira dan masih takut untuk keluar dari Zon Selesa iaitu di takuk lama, tidak ada perubahan kehidupan malah mungkin makin bertambah masalah hutang piutang, merungut sentiasa...saya pun seperti anda dulu...sentiasa berfikiran negatif..tetapi alhamdulillah saya cepat sedar, cuba fikir tentang keluarga anda , fikir tentang kebajikan mak ayah dan apa akan jadi kalau kita tiba-tiba tidak ada didunia, dengan income yang belum tentu dapat menampung kehidupan sendiri apatah lagi kehidupan keluarga yang memerlukan... pernah tak kita bawa mak ayah kita jalan-jalan ke luar daerah atau negeri...tinggal di hotel mewah... belikan mereka barang berjenama...seronok kan...tak mustahil sebenarnya..semua boleh kita realisasikan jika kita katakan NAK.... dengan pekerjaan kita yang tidak dapat diwarisi. Shaklee adalah bisnis yang boleh diwarisi ..mulai sekarang jangan PENTINGKAN DIRI SENDIRI, fikirkan keluarga kita yang memerlukan.
Motivasi
Sempat bergambar bersama Master Laila yang bertudung merah dan 'neni' shaklee ku disebelah dan saya berbaju hijau
 Ada 3 orang dah kawan mengadu, nak buat bisnis betul-betul sebab kerja sekarang membuatkan dia tidak ada masa langsung dengan family apatah lagi meluangkan masa dengan nak-anak yang sedang membesar, cuba anda imbas kembali berapa jam sehari kita boleh luangkan masa dengan anak-anak, mengajar anak-anak membaca al-quran, membantu dalam pelajaran mereka, balik-balik rumah.. anak-anak dah pandai serba serbi tanpa kita disisi...malahan mereka lebih rapat dengan pembantu rumah ya tujuan untuk cari duit...tapi perasan tak zaman sekarang perangai anak-anak semakin liar dan menjadi2... bila balik rumah anak2 macam mengada2 manja nya kan?....sebab apa? tu kena fikir sendiri...sebab pendidikan yang utama adalah dari rumah...anak2 akan tengok contoh didepan mata...dan kita fikir balik apa dah kita bagi dengan mak ayah..rasa2 cukup tak hanya bagi duit...duit tu cukup tak atau tak bagi langsung?.... ramai sekarang mintak mak ayah yg jaga anak2 kerana apa? kerana duit tak cukup nak bayar pengasuh, apatah lagi nak upah pembantu untuk tolong mak ayah kat rumah...umur diaorg yang di usia emas jangan lah kita bebankan dengan masalah kita, sepatutnya masa itu lah masa untuk diaorang berehat dan beribadah.
 
KEHIDUPAN ADALAH PILIHAN...
kita yang pilih.... rasa2 nak ubah kehidupan anda , bukan saja anda malah satu keluarga, makcik2, pakcik2 pun dapat merasa macam master Laila buat..alangkah indah nya... menjadi insan luar biasa hebat tidak menguntungkan sesiapa malah lebih menguntungkan kita...
 
 
 
Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

Sunday 26 October 2014

Soya Penyebab Mandul

Informasi yang perlu anda ketahui mengenai Susu Soya. Soya adalah merupakan salah satu tumbuh-tumbuhan atau produk GMO. Apa GMO ni? GMO adalah organisme yang diubahsuai secara genetik, singkatan untuk Genetically Modified Organism atau dalam bahasa melayunya Organisma Pengubahsuaian Genetik.. Contoh senang, mereka akan suntik bahan kimia supaya tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan itu dapat hasil yang lebih baik dan lebih banyak supaya pengeluaran nya dapat memenuhi permintaan yang tinggi. Malah bukan sahaja produk soya, jagung, kapas, susu dan makanan yang siap diproses adalah antara produk GMO.

Namun yang demikian,  Susu SOYA ESP SHAKLEE adalah BUKAN-GMO seperti kebanyakkan produk pasaran. Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. Persoalan yang selalu dikaitkan dengan soya adalah betulkah soya merbahaya terutama penyebab Cyst, Fibroid, dan Endo. Adakah soya dan produknya memberikan kesan buruk pada kesuburan? Mari kita perjelas kan satu persatu, sumber-sumber ini saya petik dari Doktor Zubaidi.


Soya penyebab Mandul

Soya dan hormone Estrogen.
Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones.

Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser.

Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?
Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun juga mengambil soya dalam kekerapan yang tinggi tetapi kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya dalam diet mereka. Oleh itu, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.

Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, menyebut pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH. Namun begitu kalau kita kaji semula adalah mustahil untuk kita mengamalkan soya secara kerap dan berlebihan.

Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah punca kecil yang menyebabkan kemandulan itu.

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimana isu ini bermula?

Satu kajian yang agak kontroversi telah dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction.

TauhuKajian ini merupakan kajian cross-sectional, di mana ia cuba mengaitkan masalah kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan soya dalam diet. Mereka telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan menjemput 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian. Daripada 598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian. Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani untuk dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah sperma, kepekatan sperma, pergerakan sperma dan struktur sperma. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan.

Namun bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang berbentuk questionnaire bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya. Kebanyakkan peserta ini adalah orang Eropah Caucasian dan berumur secara purata 36.4 tahun.

Di manakah kelemahan kajian ini?
Daripada 99 lelaki yang mengambil bahagian, majoriti mereka (72%) adalah berlebihan berat badan (over weight), 74% tidak pernah merokok. Kajian sperma pula mendapati 42% adalah normal, 10% mempunyai bilangan sperma yang rendah (kurang daripada 20 juta/ml). Hanya 55% lelaki yang mempunyai pergerakan sperma yang lemah. Manakala lelaki yang mempunyai sperma 42 juta/ml menafikan mengambil soya dalam pemakanan mereka.

Berdasarkan pemerhatian ini Dr Jorge Chavarro merumuskan bahawa mereka yang mengambil soya dalam pemakanan mempunyai bilangan sperma yang kurang. Walau bagaimana pun kajian ini telah mendapat kritikan dari beberapa pengkaji yang lain. Antara alasan mereka ialah

1) Isipadu kajian ini adalah kecil, iaitu 99 orang sahaja yang mengambil bahagian. Apabila bilangan peserta kecil, maka sedikit perubahan dalam data akan memberikan peratusan yang tinggi dalam analisa. Sebagai contoh jika hanya 2 orang memberikan data yang berlainan, sebanyak 2% perubahan dalam pengumpulan data. Ini berbanding jika bilangan peserta erjumlah 1000 orang. Perubahan data yang diberikan oleh dua orang hanya merubahkan 0.2% dalam pengumpulan data yang dilakukan analisa.

2) Teknik kajian cross-sectional tidak sesuai dalam kajian ini kerana mustahil boleh mengaitkan kualiti dan bilangan sperma dengan diet pemakanan. Para pengkritik bertanya adakah pengambilan soya menjadi sebab utama kepada masalah kesuburan itu, sedang para peserta ketika menjawab questionaire itu mungkin tidak mengingati jumlah pengambilan soya atau tidak mencatat (rekod) setiap kali mengambil soya.

3) Kebanyakan peserta mempunyai berat yang berlebihan (overweight), sedang para saintist mengetahui bahawa berat badan yang berlebihan sememangnya mempengaruhi kesuburan, walaupun tidak mengambil soya di dalam pemakanan. Maka kajian ini tidak boleh mengaitkan kesuburan dan pengambilan soya dalam diet pemakanan untuk lelaki yang mempunyai berat yang ideal.

Ada beberapa kritikan yang diberikan, termasuk pertanyaan yang menjadi tanda tanya, iaitu di kalangan penduduk Asia, ramai lelaki yang mengambil soya sebagai diet pemakanan kerana ianya adalah sumber protein yang murah.

Namun pengambilan soya tidak menjejaskan langsung penduduk India yang mengambil soya sebagai minuman, penduduk China yang mengambil taufu dalam makanan dan penduduk Indonesia (Jawa) yang mengambil tempe sebagai hidangan minuman petang mahu pun lauk dalam menu makanan tengah hari dan malam.

Maka para pengkritik yang terdiri daripda ahli sains dan doktor perubatan menolak idea/kajian ini. Seharusnya kemandulan lelaki dikaitkan dengan konteks yang lebih luas lagi iaitu cara hidup (termasuk rokok dan alkohol), kegiatan seksualnya, kesihatan mereka secara menyeluruh dan aspek diet yang lebih memudaratkan iaitu diet pemakanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat.

Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesuburan, soya tidak akan memberikan kesan yang drastik. Maksudnya mereka tidak akan menjadi mandul semata-mata kerana mengambil soya atau produk soya dalam makanan.

Kesimpulannya, pengambilan soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan kesan kemandulan. Pengambilan secara berlebihan mana-mana makanan juga tidak digalakkan, termasuk pengambilan soya. Harus juga diingatkan soya juga memberikan kesan positif yang lain pada tubuh dalam aspek kesihatan secara menyeluruh. Jadi adakah anda masih menyatakan Soya menjadi punca kurang kesuburan?

kredit http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/kesan-soya/


                                     Khasiat ESP untuk ibu hamil

Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

Saturday 25 October 2014

Sejarah Kalendar Maal Hijrah 1426H

Alhamdulillah sekali lagi kita diberi peluang, umur yang panjang untuk berjumpa kembali dengan tahun baru kalendar islam. Salam Maal Hijrah kepada semua bloggers dan semoga tahun baru hijrah ini membuka pintu penghijrahan kita ke arah lebih positif.. Tapi tahukah kita kenapa Awal Muharram ini seolah-olah sangat penting buat umat islam dan apa sejarah Awal Muharram.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.  Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri dan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Mari kita imbas kembali peristiwa kebangkitan Islam yang dipimpin oleh baginda Rasulullah S.A.W iaitu Nabi Muhammad yang berumur 40 tahun pada masa itu dan bagaimana bermulanya penggunaan kalendar hijrah.

Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalendar Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.


Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.

Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”



Friday 24 October 2014

Elak Kalau Nak Hamil !!

Zaman sekarang, banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu lambat hamil atau tidak subur baik lelaki atau wanita. Salah satu faktor penting untuk kesihatan dan kesuburan adalah amalan pemakanan yang sihat, berkhasiat dan seimbang. Namun yang demikian, perkara ini sering dianggap remeh oleh ramai pasangan atau ramai yang tidak tahu ermm. Sebelum itu anda perlu tahu makanan apa yang anda perlu berhati-hati. Anda perlu kurangkan makanan

- karbohidrat , 
- gula dan manisan. 
- makanan segera , 
- makanan yang diproses, dan 
- makanan yang diawet. 
- perisa dan pemanis. 

Mulakan hari ini dengan makan makanan yang fresh , banyakkan sayur hijau, ulam dan buah-buahan. Makan lebih ikan sebagai sumber protin, bijiran saperti almond. Selain itu ada beberapa makanan yang boleh membantu kesuburan anda suami isteri.

Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 8 liter  air dalam sehari semalam.

makanan kesuburan wanita
Sayur Sawi - mengandungi banyak vitamin-vitamin, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telor yang berkualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur.

Sayur-sayur berwarna kuning, orange dan merah  mengadungi banyak vitamin2 dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.

Kobis, Lobak, Brokoli, kacang hijau, keledek merah - mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, menyeimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan.

Papaya, jambu batu, buah naga, semangka buah limau nipis/kasturi kaya dalam kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan

Strawberi , beri biru , oren , betik , kiwi dan tembikai - Penuh dengan vitamin C dan antioksidan , buah-buahan ini menawarkan faedah pembiakan yang sihat untuk wanita cuba untuk hamil.

Daging , ayam , ikan, telur dan produk tenusu ( Protein ) - asid amino dalam protin adalah penting untuk pengeluaran telur. Kajian saintifik juga menunjukkan wanita yang mendapatkan lebih banyak protein daripada tumbuh-tumbuhan dan kurang dari sumber haiwan mempunyai sedikit isu-isu ovulasi secara keseluruhan. Pastikan pengambilan merkuri dari makanan laut tidak tinggi kerana ia boleh menjadi toksik .

Bijirin penuh - Bijirin penuh terdiri daripada komponen bran, germa, dan endosperma. Ia kaya dengan sumber protein, antioksidans, fiber, kalsium, asid lemak perlu, pelbagai vitamin, dan mineral.

tiramTiram - Dengan jumlah zinc yang banyak, tiram diketahui penambah kesuburan

Tauhu dan soya - tauhu dan kacang soya adalah kaya dengan sumber protein. Pengambilan soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan kesan kemandulan

Kalsium - Makanan tinggi kalsium membantu untuk membuat tulang yang kuat dan amat penting semasa mengandung. Terbaik untuk mengamalkan makan makanan yang tinggi kalsium ketika cuba untuk hamil. Produk tenusu - telur - ikan tertentu seperti salmon dan tuna.

Teh adalah penggalak kesuburan yang sangat baik. Saya bercakap tentang teh hijau dan oren Pekoe ( tetap ). Teh mengandungi tahap antioksidan yang baik yang membantu dalam menggalakkan sistem imun yang sihat. Penyelidikan dalam dekad yang lalu menunjukkan bahawa wanita yang minum teh secara konsisten meningkatkan peluang mereka untuk persenyawaan.

Vitamin B6 dan asid folik kedua-duanya diperlukan untuk memastikan kehamilan yang sihat.
Sayur-sayuran berdaun hijau , kacang dan bijirin penuh mengandungi kedua-dua vitamin B . B6 membantu mengawal hormon pembiakan dan asid folik membantu mencegah kekurangan asid folik yang boleh menyebabkan beberapa kecacatan neuro- tiub pada bayi .

Vitamin C meningkatkan sistem imun dan membantu dalam konsepsi yang sihat. Buah-buahan mengandungi vitamin C dan ia memberi manfaat kepada kedua-dua lelaki dan kesuburan wanita.

Air adalah makanan kesuburan yang paling penting untuk diamalkan . Air diperlukan untuk bayi berkembang dengan sihat dan untuk membantu mengekalkan kehamilan biasa. Air membentuk 75% daripada badan kita dan adalah penting dalam kehamilan yang sihat.

tips nak hamil cepat

Makanan YANG PERLU DI ELAK ketika cuba untuk hamil 

Makanan yang diproses - juga disebut sebagai " gula-gula dan makanan ringan " mengandungi jumlah yang tinggi gula dan tepung halus. Tidak mempunyai kualiti dan tidak menambah apa-apa kebaikan untuk kehamilan , kecuali penambahan berat badan ( jenis yang salah) .

Kencing manis semasa mengandung menyebabkan bayi menjadi terlalu besar, oleh itu keperluan untuk bahagian cesarean mungkin akan berlaku. Juga diabetes gestational boleh menjadi pelopor kepada diabetes jenis II.

Makanan Laut telah menunjukkan mengandungi merkuri. Mercury telah dikaitkan dengan beberapa kecacatan kelahiran yang serius termasuk autisme. Jika anda makan makanan laut - dinasihatkan ambik dalam kuantiti rendah. Elakkan tuna albacore , yang dipercayai mempunyai tahap merkuri yang tinggi.

Setelah anda mengetahui semua nutrisi yang perlu diambil dan makanan yang perlu anda elak bagi meningkatkan kesuburan, pasti amat susah dan sukar untuk anda sediakan. Oleh itu, Shaklee mempunyai Set Kesuburan bagi pasangan suami isteri yang mempunyai masalah kesuburan. Insya Allah setelah mengamalkan secara konsisten, anda pasti berhasil mendapatkan zuriat sendiri . Jangan lupa Doa, Usaha , Ikhtiar dan Tawakal.

Set Hamil Shaklee

Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga   

Thursday 23 October 2014

Sakit Otot ke Sakit Sendi ?

Pernah tak diantara kita yang tiba-tiba merasakan sakit otot terutama di pundak dan punggung, pinggang, lutut, tapak kaki, leher, bahu, siku,  kaki serta lutut.  Sakit otot atau sakit sendi ini tidak mengira umur dan ianya terjadi menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Kebiasaannya, sakit otot ini akan menganggu rutin seharian kita. Tahukah anda sakit otot  ini menandakan bahawa tubuh sudah terlalu letih dan perlu istirehat serta bantuan suplemen tambahan.

Pakar sakit otot mengatakan yang sakit otot ini bukan hanya disebabkan oleh aktiviti yang berat, tetapi ada beberapa lagi penyebab sakit bahagian otot-otot kita.

1. Duduk lama dalam kenderaan semasa kesesakan jalan
Ubat Tahan Sakit Sendi2. Duduk lama  di depan komputer,
3. Berdiri terlalu lama, dan
4. Menggunakan kasut tinggi dalam waktu yang lama.

Nyeri atau sakitnya otot juga menyerang pada bahagian tubuh seperti pada leher, bahu, siku, pinggang dan lutut. Rasa ngilu pada otot terjadi kerana gerakan berlebihan atau tidak seimbang,otot sangat kurang berehat dan pergerakan tubuh yang terbatas, sehingga mengakibatkan “otot mengejang” setelah bekerja dalam waktu lama tanpa henti.

Anda juga perlu tahu perbezaan diantara " kesakitan otot " dan " pegal "

1) Rasa Pegal (Sakit)  : timbul kerana pengeluaran lactic asid
Pengeluaran asam laktat (lactic acid) terjadi ketika tubuh memerlukan tenaga tetapi tidak memiliki oksigen yang cukup untuk menghasilkan tenaga secara aerobik.

2) Kesakitan otot : berlaku kerana pada otot - otot tertentu saja dan penyebabnya lebih jelas , seperti kerana gerakan statik , dan kerana trauma .

Kesakitan otot yang datang dan pergi, sebenarnya sukar untuk kita mengabaikannya kerana memang terkadang boleh mengganggu aktiviti sehari - hari dan kesakitan yang teruk boleh menyebabkan kita sukar untuk bergerak . Walaupun begitu jangan terburu - buru dalam mengambil ubat penahan sakit otot dan pegal - pegal , adalah lebih baik ditangani sendiri supaya boleh sembuh dengan berehat yang cukup dan jika mahukan juga ubat,  boleh ambil suplemen semulajadi atau disapu .Antara produk Shaklee yang boleh membantu melegakan sakit otot anda .


Ubat Sakit Otot dan Sendi

Rawatan yang boleh anda lakukan dirumah ialah anda boleh  mandi air panas , menampal koyo hangat kerana hal tersebut boleh mengurangkan gejala otot sakit dan radang dan cara lain untuk mengurangkan atau mencegah kesakitan otot dan sendi adalah dengan melakukan latihan regangan setiap hari . Hal ini boleh menjaga kecergasan tubuh juga berkesan untuk melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot . Jika beberapa perkara di atas sakit/nyeri otot dan sendi tidak hilang , sebaiknya rujuk ke doktor berdekatan untuk mengetahui penyebabnya.

 Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga   


Monday 20 October 2014

Tonsil Bukan Penyakit

Adakah Tonsil merbahaya? Adakah Tonsil Boleh Sembuh? Tapi tahukah anda tonsil ini bukan lah satu penyakit yang selalu kita fikirkan. Kenapa kita beranggapan Tonsil adalah penyakit?  ini adalah disebabkan apabila seseorang mengalami sakit tekak berlarutan dalam tempoh yang panjang, kebiasaannya kita akan beranggapan itu adalah penyakit tonsil. Betul la kan?, tekak yang sebelum ni tak sakit  lepas tu dah la sakit, lama plak tu..jadi nak tak nak kita klasifikasikan sakit itu sebagai penyakit tonsil. Apa yang kita perlu ketahui dan perbetulkan, Tonsil sebenarnya merupakan sebahagian daripada tubuh kita. aikkk!!! tak percaya?? percayalahhh ...jom baca lagi

Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, tonsil ada pada setiap orang dimana ia terletak di tepi ( kiri dan kanan) serta belakang tekak. Biasanya tonsil memiliki saiz yang sama, berwarna merah jambu dan ditutup dengan lekukan kecil mendalam dipanggil crypts. cer tengok ke dalam anak tekak masing-masing sekarang... supaya lebih sahih kan.

Menurut Dr. Balachandran Appoo, Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak, Kepala dan Leher (ENT) dari Pusat Perubatan Tropicana, fungsi utama tonsil adalah sebagai sistem pertahanan awal dalam sistem imun tubuh. Disebabkan itu, kehadiran tonsil dalam tubuh badan manusia amat penting.

Apa Tonsil

TETAPI !!!! , dalam keadaan tertentu tonsil boleh diserang oleh bakteria dan virus. Apabila ini berlaku, segala urusan pemulihan perlu dilaksanakan dan jika terpaksa, tonsil juga perlu dibuang. aLAMAK !! tadi cakap bukan penyakit tapi kenapa kena buang? cuba fahamkan lagi...yukkk baca!!!

"Disebabkan tonsil ini sebahagian daripada sistem limfa yang menghasilkan sel imun limfosit. Ia akan memerangkap bakteria, virus yang melalui hidung serta mulut. Sehubungan itu, tonsil boleh terkena jangkitan. Sama ada membengkak, kemerahan dan boleh bernanah. Kesannya pesakit boleh merasakan perit, pedih, gatal kadangkala bengkak dan berdarah di bahagian tekak," katanya.

"Tonsilitis tidak akan menjejaskan kehidupan. Namun jika dibiarkan tonsilitis akan menyebabkan ketidakselesaan, menganggu aktiviti harian seperti ke sekolah (kanak-kanak), bekerja bagi orang dewasa dan mungkin akan menyebabkan gangguan selera makan serta berat badan yang semakin menurun.

"sekiranya sakit pada bahagian tonsil masih tidak pulih dan jika pulih pun hanya seketika dan berulang semula, pembedahan pembuangan tonsil atau Tonsilektomi akan disusuli.

Bagi rawatan awal pesakit hanya akan diberi antibiotik, sekiranya tidak baik dalam tempoh tertentu atau sakitnya berulang, pembedahan akan dilakukan dan biasanya rawatan tonsil pada hari ini adalah dilakukan dengan laser sahaja.

nak kata bahaya, bahaya jugak, nak kata tak pun boleh jugak..tapi yang penting jangan ambik remeh...kesihatan kena jaga. Makanan pun kena jaga... Sesiapa yang menghadapi masalah tonsil boleh dapatkn vitamin Shaklee untuk Tonsil ..insya Allah sekiranya diamalkan secara konsisten, pasti tonsil anda beransur pulih...

Nutriferon - Meransang sistem imun
Vita C 500mg - Pemulihan luka dan melindungi tubuh dari infeksi bakteria
Zinc Complex - Membantu penyembuhan, menghalang sakit tekak akibat selesema
Alfalfa Complex - Detoks, Anti-inflamasi
Garlic -  Antibiotik Semulajadi
Carotomax - Mempercepat pemulihan membran mukosa ditekak
Vita E 400IU - Mengukuhkan fungsi imun
Bcomplex - Membantu mengurangkan bengkak
Herb lax - membersihkan usus, detox

erkkkk banyakkkk nyaaaa!!! ehhhh jangan risau.... ini adalah vitamin-vitamin yang boleh membantu sakit tonsil atatu sakit tekak anda... nak tahu apa yang terbaik untuk anda terus hubungi saya.

Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga   


Sunday 19 October 2014

Ubat Sintetik : Panjang Atau Pendekkan Usia?

Cara makan ubat yang betul, cara simpan ubat dengan betul, ubat boleh di simpan berapa lama, Ubat Sintetik selamat ke tidak, adakah semua persoalan ini pernah anda terfikir? dan lebih menakutkan kalau ubat yang doktor suruh makan boleh mengurangkan usia kita? Lebih menakutkan kalau makan ubat tu boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain. Lebih menakutkan apabila sebenarnya  ubat tersebut tersimpan baik di dalam peti sejuk kita yang selama ini kita anggap selamat ditelan apabila kita berasa kurang sihat. haaa jadi nak buat macam mana ya....

Insiden yang berlaku di Kedai Lalat, Kota Bharu Ogos lalu, bukanlah kes terpencil. Biarpun koma setelah menelan ubat lama tersimpan dalam peti sejuk, nasib kedua-dua adik-beradik, Wan Muhammad Dhuha Wan Muhammad Azizi, 5, dan Wan Nor Rahai, 2, cukup baik.

Pasti kita dan ibu-bapa yang lain terlepas pandang atau kurang prihatin akan hal ini, dimana  menyimpan ubat tanpa diperiksa tarikh lupus, tidak mengemas kini selalu ubat dalam peti sejuk, malah ini menjadi amalan ramai ibubapa. Ini kerana kita beranggapan ubat yang kita simpan didalam peti sejuk adalah tempat yang paling selamat dan lebih panjang usianya.

Ubat Sintetik

Sikap ramai ibubapa yang memberi ubat tanpa preskripsi yang betul juga menjadi perkara biasa. Apabila anak demam, ibubapa biasanya akan memberi ubat yang berada dalam simpanan peti sejuk tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu, kecuali apabila demam sudah melarat sehingga seminggu baru anak akan dibawa ke klinik atau hospital. Ini bukan lagi amalan luarbiasa dikalangan masyarakat kita, apabila demam telan panadol...jimat masa dan jimat duit sebenarnya. Menurut sumber, ubat yang diberikan tanpa sengaja oleh ibu mangsa itu sebenarnya Methadone untuk kegunaan bapa saudara mangsa.

Oleh yang demikian, kejadian ini seharusnya menjadi iktibar untuk kita semua, menurut Dr. Noordin Othman, PELABELAN adalah isu penting yang perlu diberi perhatian. Atau sudah tiba masanya kita perlu mengamalkan jus atau vitamin semulajadi. Memang benar kesan tindakan jus atau vitamin semulajadi mahal dan kesan tindakan keatas tubuh badan seseorang pun lambat tetapi apalah sangat kalau kita bandingkan dengan kesan sampingan yang diperoleh kalau terlebih minum air lemon atau vitamin c sebagai contoh. Paling penting yang perlu anda buat ialah, periksa balik ubat didalam peti sejuk, ada tarikh lupus ke tidak, sekiranya tidak ada, adalah lebih selamat terus saja buang.


Mencegah itu lebih baik dari merawat yang selalunya akan menggangu rutin harian kita. Namun ini bukan kita ingin menafikan ubat-ubatan dari bahan sintetik tetapi kedua-dua haruslah seiring, selagi masalah penyakit kita boleh dicegah dengan vitamin semulajadi alangkah baiknya...dan ada sesetengah penyakit memang memerlukan ubat-ubatan untuk tubuh badan seseorang itu boleh bertahan melawan penyakit yang dihidapi.

Ubat Sintetik Bahaya

Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga   

Saturday 18 October 2014

PANASSS !!!! Harga Vitamin C Shaklee

Pelik pun ada dengan Shaklee ni, dahlah dia buat Promosi Combo 2 bulan berturut-turut bermula bulan lepas, bulan ni triple promosi, promosi asal sepanjang bulan Oktober ni adalah produk ESP yang sememang dah panas dan produk Meal Shakes yang dah bermula bulan lepas. Hari ni, Shaklee sms bagi taw ada promosi KHAS untuk Sustaines Release Vitamin C Shaklee...tapi untuk HARI INI SAHAJA YA!!!  Promosi BELI 6 FREE 1, promosi akan tamat pada detik 12 tengah malam ni..ala-ala Cinderella plak Vitamin C ni.

Haa apa lagi, sesiapa yang nak cantik putih gebu, tak nak jerawat naik , nak tambah antibodi , nak tambah kolagen boleh lah ambik peluang promosi ni simpan stok kat rumah...expired lama lagi taw... tak basi pun simpan kat almari tu, boleh bagi mak ayah kat kampung...beli 1 set terus boleh dapat free sebotol, boleh share2 beli dengan kawan-kawan..tapi kalau nak beli sebotol pun boleh. masih sibuk lagi kat group ni update order masing-masing, setakat jam 4 ni, order dah masuk batch ke 8 rasanya...wowwww!!! bagus-bagus, semua ambik peluang keemasan yang jarang sekali Shaklee buat.

Khasiat Vitamin C Shaklee

Sesiapa nak join beli Promosi Vitamin C Shaklee ni jangan segan-segan hubungi saya ya... saya mintak je Shaklee pos kalau korang kat semenanjung, tak sampai 2 hari dah sampai. sekarang kan guna online, walaupun saya kat Sabah, saya ada agen kat semenanjung yang boleh tolong pos kan dari sana jadi kos pos tak lah mahal kan.. saya taw korang nak murah..Customer yang kat Bintulu atau Semporna boleh ambik terus di kawasan anda sebab stok saya sentiasa ada di Semporna dan Bintulu. Nak mintak COD pun boleh. Insya Allah akan dihantar secepat mungkin.

Vitamin C Shaklee untuk Kulit


Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga  

Friday 17 October 2014

Set Ibu Hamil Shaklee

Ramai ibu-ibu yang hamil tidak tahu mengenai jenis dan jumlah makanan yang perlu mereka ambil dan apa makanan yang boleh dan tidak boleh mereka makan terutama yang baru pertama kali hamil . Ini kerana mereka rasa perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan disalurkan kepada organ ibu sendiri.

Tetapi, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat yang cukup dan ibu tetap cergas bertenaga sepanjang tiga bulan pertama.

Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan loya, muntah-muntah, pening, perut sebu dan tidak selesa dan ianya berlaku terutama ketika bangun tidur, tetapi bukan semua ibu hamil mengalami nya. Ini bergantung kepada perubahan fizikal dan hormon pada badan, punca sebenar masih kurang jelas.

Anda jangan risau sekiranya alahan dalam jangka masa pendek kerana ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip.

Apa yang perlu Ibu Hamil buat untuk mengurangkan penghidratan?
  • Ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. 
  • Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta 
  • mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. 
  • Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. 
  • Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk.

Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan yang banyak dalam sehari.

Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.
Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Ketika hamil, apa saja makanan atau minuman yang kita ambil adalah sumber utama nutrien bagi bayi. Sama ada mengandung atau tidak, diet yang sihat adalah merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.


INFO:

Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:



  • Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.
  • Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
  • Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

    Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).

    Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.

    Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:
  • Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.
  • Berkhasiat untuk kesihatan bayi.
  • Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.

    Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.
  • Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.


  • Selain mendapatkan makanan yang berkhasiat, ibu-ibu yang hamil juga boleh mendapatkan supplemen khas untuk ibu hamil, Shaklee syorkan Set Ibu Hamil Shaklee dimana set ibu hamil shaklee ni boleh membantu menambah nutrisi-nutrisi yang terkurang dalam badan ibu hamil.

    Daftar Ahli Shaklee

    Nak lagi info
    Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
    FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

    Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga   

    Monday 6 October 2014

    Makanan Untuk Tambah Susu Badan Ibu

    Hal berkaitan Penyusuan ibu memerlukan persediaan awal dan bakal-bakal ibu perlu mencari sedikit info mengenai penyusuan ibu. Ini adalah kerana tanggungjawab seorang ibu selepas melahirkan adalah memberikan susu ibu kepada anak yang dicintai. Selepas saja bayi dilahirkan kedunia, makanan awal yang sesuai dengan organ penghadaman bayi adalah susu ibu iaitu susu yang paling sempurna kerana khasiatnya yang sangat kompleks. Alhamdulillah kesedaran bakal-bakal ibu mengenai penyusuan ibu terutama dalam mencari makanan untuk menambah susu badan ibu semakin meningkat. Ini adalah sebagai langkah persediaan supaya apabila bakal ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan tahu akan makanan untuk tambah susu badan ibu.

    Kejayaan penyusuan samada susu banyak atau kurang sememangnya bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Beberapa langkah yang perlu ibu menyusu titikberatkan adalah menjaga pemakanan agar ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.

    Video yang pasti buat anda tersenyum LEBAR dan seterusnya menjawab persoalan ibu-ibu dan bakal ibu-ibu yang menginginkan penyusuan susu sehingga si bayi berumur 2 tahun tanpa sebarang masalah. 


    Ikuti pengalaman seorang Jururawat Puan Fara Wahida yang sebelum ini hanya dapat menyediakan 2 aun Susu badan dan selepas itu naik ke 7-9 aun untuk satu sesi. 
    Apa yang menyebabkan beliau berjaya meningkatkan stok susu untuk anak beliau walaupun jadual waktu bekerja tidak menentu. Dalam pada masa yang sama perlu sediakan stok susu yang banyak untuk keperluan anaknya. Kenapa tak beri susu formula? Puan Fara dah berazam nak susukan baby beliau sehingga 2 tahun.


     Selain Set Ibu Menyusu, ada beberapa jenis makanan yang boleh menambah susu badan ibu

    Pelbagai sayur-sayuran
    Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran seperti brokoli, sawi putih dan lobak putih amat digalakkan.

    Buah-buahan
    Buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.

    Bijirin
    Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.

    Buah-buahan kering
    Buah-buahan kering seperti kismis, kurma, apricot,  yang mengandungi kalori yang cukup tinggi secara tradisional biasanya diberikan kepada ibu menyusu. Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.

    kan
    makanan tambah susu ibuIkan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.  Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.

    Tenusu
    Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarakan penghasilan susu ibu.

    Air Kosong
    Jumlah pengambilan air perlu lebih banyak berbanding wanita yang tidak menyusukan bayi. Penting bagi ibu minum air masak sebelum dan selepas menyusukan bayi untuk mengelakkan badan kekurangan air.

    Teh herba
    Minuman teh dengan perisa chamomile atau peppermint lebih baik berbanding minuman lain. Ibu menyusu perlu mengelakkan minuman bersoda atau yang mengandungi bahan pengawet.

    Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan tersebut anda juga boleh cuba Set Ibu Menyusu seperti yang dilakukan oleh Puan Fara. Susu Ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

    Untuk dapatkan Set Ibu Menyusu Shaklee anda perlu hubungi saya seperti maklumat yang tertera di bawah dan sekiranya anda ingin membeli menggunakan kad debit atau kad kredit anda hanya perlu klik gambar dibawah. Seterusnya anda boleh dapatkan penerangan cara makan dari saya. Ingat tidak ada alasan sibuk untuk memberikan apa yang sudah menjadi hak untuk mereka.

     Set Menyusu Shaklee

    Daftar Ahli Shaklee
    Nak lagi info tambah susu ibu
    Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
    FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

    Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 

    Sunday 5 October 2014

    WOWWW!!! Produk Kesukaan Saya Dan Suami

    Salam aidiladha semua, Alhamdulillah sekali lagi kita meraikan perayaan yang sangat istimewa dan perayaan yang penting buat umat islam seluruh dunia. Semoga mereka yang mengerjakan haji mendapat haji yang mabrur. Kali ini saya nak cerita mengenai produk kesukaan saya dan juga suami. Produk yang saya maksudkan adalah CoqHealth Plus, secara ringkas kebaikan CoqHealth Plus adalah baik untuk kesihatan jantung dan peredaran darah. Sebenarnya CoqHealth adalah produk WAJIB untuk suami setiap hari dan bulan ini dah 5 bulan suami saya consume secara konsisten. Kalau terlupa minum pada sebelah pagi, akan dipastikan sebelah malam kena ambik sebagai ganti tetapi masa terbaik adalah pada waktu pagi selepas makan.

    Kenapa produk CoqHealth Plus Shaklee menjadi produk kesukaan suami? suami suka sebab khasiat yang dia dapat rasakan perbezaan sebelum dan selepas consume produk CoqHealth Plus Shaklee. Suami merokok, oleh sebab itu saya perkenalkan suami kepada produk yang kebaikannya dapat membantu menjana jantung yang sihat. Khasiat antara lain yang suami dapat rasakan adalah suami lebih bertenaga dan betul antara fungsi produk adalah Coq10 yang ada dalam produk ini adalah membantu meningkatkan penghasilan tenaga di dalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya.

    Produk Kesukaan Saya
    Sebab kenapa pulak saya suka ermmm, ini kerana khasiat yang saya dapat dari suami..OPSSSS!!! ..Kalau anda nak tahu khasiat lain produk CoqHealth Plus Shaklee , ia boleh meningkatkan kesuburan dan 'tenaga' si suami...auwwww!!!. Keupayaan Coq10 mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat boleh meningkatkan kiraan sperma, pergerakan sperma dan mutu sperma dan ia juga membantu meningkatkan mutu ovum wanita. Dua-dua pihak boleh mendapat manfaat.

    Fungsi yang suami tidak tahu sehingga hari ini adalah produk CoqHealth Plus Shaklee boleh membuatkan kulit dia GEBU GEBAS, KULIT KELIHATAN LEBIH CERAH..satu pagi sebelum pergi kerja, suami ada bertanya kalau dia makin putih sebab ada rakan pejabat menegur akan perubahan kulit wajah nya yang semakin cerah..dan saya jawab acuh tak acuh ...ermm biasa jak pun saya jawab...tapi lepas tu baru saya teringat yang CoqHealth Plus Shaklee  boleh meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen dan nutrisi untuk pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kollagen. Ini membantu kulit agar lebih tenaga, lebih cerah. Ini korang semua kena bagi suami amalkan dan korang rasai lah "kesan" itu.

    Pastikan juga Produk Coqhealth Plus Shaklee yang menjadi produk kesukaan saya dan suami menjadi produk kesukaan anda dan suami

    Daftar Ahli Shaklee


    Nak tahu lebih lanjut CoqHealth Plus Shaklee boleh
    Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
    FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

    Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 

    Saturday 4 October 2014

    Jatuh Cinta Baik Untuk Jantung

    Pernah tak korang semua jatuh cinta? Mesti pernah kan, berapa kali tu korang jak lah yang tahu, tak payah jawab kat sini, tapi kalau nak cerita pengalaman masing-masing boleh jugak, ada ruangan komen kat bawah entry ni. Jadi sila lah share...mana taw saya bermurah hati nak bagi hadiah untuk pengalaman yang terbaik. Mesti seronok kalau imbas kembali zaman muda remaja dolu-dolu. Boleh dikatakan jatuh cinta adalah perkara atau peristiwa paling hebat yang pernah terjadi dalam hidup kita. Betul tak? Dan biasanya kita tidak menyedari pun yang kita telah jatuh cinta dan tiba-tiba perasaan itu wujud  dan jantung rasa lain macam, rasa ngilu, rasa berdebar kencang dari biasa, banyak rasa la bercampur aduk kat dalam. Teruja sangat masa jatuh cinta tu..susah nak terjemah balik...sesiapa yang sudah jatuh cinta jak tahu macam mana.

    Kalau ikut tajuk entry ni, bagaimana jatuh cinta ni baik untuk jantung dan apa kaitan nya? Malah boleh dikatakan ubat paling mujarab untuk jantung. Tak percaya?? Percayalah jatuh cinta dapat menenangkan seseorang yang sedang dilamun cinta dan sekaligus memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan sebaliknya kesan negatif akan menggangu jantung anda bila seseorang itu kehilangan pasangan dan ini menyebabkan rasa sedih dan serangan jantung akan terjadi. Kajian membuktikan, wanita yang mempunyai pasangan hidup dan kerap mendapat pelukan dari pasangan akan memiliki tekanan darah yang rendah. WOWWWW !!! selepas ni korang pastikan ini menjadi kewajiban setiap hari..beritahu kepada pasangan masing-masing opsss!!! AMARAN yang sudah berkawen sahaja.

    Selain itu pastikan kita jatuh cinta apa yang KITA SUKA BUAT, contohnya ramai yang suka binatang Kucing kan? tahu tak haiwan peliharaan kesayangan ini boleh memberi kesan positif ke atas
    kesihatan jantung kerana binatang peliharaan ini boleh mengubat tekanan kita dan membuatkan kita terasa senang dan tenang serta ubat kepada stress.

    Terakhir sekali menerima cinta dan kasih sayang dari seorang sahabat , adik beradik dan kaum keluarga. Ternyata rasa bahagia memiliki keluarga-keluarga  terdekat ini yang menyanyangi kita boleh menjaga tekanan darah dan jantung kita. Benarlah, bila hati sudah jatuh cinta hati dan fikiran kita akan sentiasa tenang sehingga menyebabkan kita gelisah, sehingga tidak tidur malam mengenangkan mereka yang kita cintai.
    pengedar shaklee di Bintulu

    Saya JATUH CINTA ? YA setahun yang lepas saya jatuh cinta dengan apa yang saya buat sekarang,
    bukan saja boleh mengelakkan saya dari memikirkan benda dan masalah yang tidak penting malah menambah pendapatan saya. Ok jugak kan jatuh cinta dan dapat pendapatan pulak lumayan hasil dari jatuh cinta. Saya pun dapat kesihatan yang baik dan nak tahu SHAKLEE lah yang buatkan jantung saya sentiasa dalam kondisi yang baik. Bukan saja produk nya yang boleh menjaga tekanan darah kita tapi menjalan kan bisnis Shaklee juga mampu. Kami selalu diminta untuk memberi penekanan dalam amalan rohani, sentiasa berfikiran positif dalam segala hal serta boleh menjalinkan silaturrahim dengan ramai kenalan baru. Hidup kini lebih bermakna dan tenang.


    Lebih baik mulai saat ini korang cuba untuk jatuh cinta. Selain korang bahagia, jantung juga akan sihat. (kt Anita Amir)

    Jatuh Cinta Baik Untuk Jantung

    Nak jatuh cinta boleh
    Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
    FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

    Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 

    Thursday 2 October 2014

    Kenaikan Harga Minyak VS Daftar Ahli Shaklee

    Semua up status minyak naik kan arini, tapi belanja harian, pendapatan bulanan tetap sama tidak ada perubahan, kenaikan sikit alhamdulillah. kalau difikirkan balik atau cuba kira balik..list kan satu persatu apa kita bayar setiap bulan. yang wajib dibayar banyakkk ..separuh gaji kena bayar hutang dan tengah bulan memang kering la...kena limitkan rm10 sehari...

    Saya pernah limitkan belanja harian pergi ke RM5 sehari..masa tu hanya suami yang bekerja, kami menyewa, semua orang ingat gaji seorang guru dah cukp banyak...ya alhamdulillah boleh lah hidup tapi untuk lebih menikmati kehidupan yang lebih selesa, maksud nya boleh bagi mak ayah duit setiap bulan, tanggung adik2 yang sekolah terutama yang dah berada di University, nak jalan2 keluar daerah, nak balik ke Sarawak lagi, nak jugak makan kat kedai ....bajet rm5 mana lah cukup nak makan kat luar kan....sorang lepas la......tapi mana best makan sorang2 ...kihkih

    SOLUSI nya, ni semua perlu pendapatan yang lebih lumayan...ya betul....belanja ukur baju di badan sendiri TAPIII sampai bila? perlu buat sesuatu untuk keluar dari ZON SELESA.... bisnis??? ya dengan masa yang tidak perlu dikongkong oleh sesiapa, pendapatan yang berpihak kepada siapa buat lebih ,,dia dapat lebih...

    yessss!!! belanja harian boleh di UP kan sesuka hati seperti minyak naik arini 20 sen... bukan tidak kisah, kisah sangat sebab ramai yang bergantung harap kepada nilai 20 sen...apa kata jadikan masalah sebagai PUSH FACTOR kita untuk lebih bekerja keras dalam bidang masing2...seperti saya alhamdulillah memang banyak perubahan sekarang...walaupun belum cukup mewah tapi dah boleh ambik alih mak ayah menanggung belanja adik2 yang sorang berada di surabaya, sorang lagi spm...ALHAMDULILLAH... hidup lebih bererti sekiranya boleh menggembirakan mereka d dunia...jommm buat bisnis.sekiranya berminat boleh lah hubungi saya...banyak keistimewaan yang belum pernah anda temui di group orang lain



    Untuk dapatkan Info Kemasukan Ahli boleh
    Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
    FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com


    Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

    Wednesday 1 October 2014

    ESP - Soy Protein Isolate Powder Shaklee

    Perbezaan Shaklee
    Shaklee merupakan SYARIKAT PERTAMA yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

    Energizing Soy Protin ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

    Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

    Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

     Tahukah Anda?
     Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.

    Energizing Soy Protein shaklee
    Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah protin soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones geninstein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

    Manfaat Utama:

    Awet Muda - Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda

    Baik untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

    khasiat ESP ShakleeBaik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia  juga sangat baik dalam pemulihan uterus,
    ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

    Kulit Remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

    Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

    Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

    Membaiki Memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

    Kepentingan Protin

    Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kematian.

    ESP Awet Muda

    Apa itu Asid Amino?

    Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

    Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.

    Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

    Untuk dapatkan Info Produk ESP boleh
    Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
    FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com


    Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga